Tuesday, December 29, 2009

kerja~kerja~kerja....

ada apa dengan kerja??

kerja dalam istilah budak habis SPM:-
  • duit poket
  • rokok
  • clubbing..[moxx only]
  • karaoke
  • DK..
  • sprocket dan minyak hitam
  • cover set motor.
  • Iphone 3G
  • hasanatul
  • nasi bujang
  • shisha..
kerja dalam istilah budak dah lame habis SPM:-
  • pengalaman
  • berdikari
  • sewa rumah RM250
  • poyo2..
  • melayan kaki ampu
  • laptop
  • broadband..
  • bagi anak org makan..[utk yg da berumah escalator..[rumah tangga]
  • beli Nintendo Wii
  • modal berniaga..
tapi...
APA ISTILAH KERJA YANG SEBENARNYA???
[$$$]

Monday, December 28, 2009

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

kehebatan peguam jahanam
Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.
mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia...
sapa yg lebih berkuasa...
sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua umat Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah swt dan dijauhkan dari terpesong aqidah...amin

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar....
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH
(Agama Islam)....

gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya




ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sam pai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam , dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam ,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?​.​.​.​.​Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-​program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri , so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?... Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?....Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!
Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya​ melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Sunday, December 27, 2009

AKU TAK SEHEBAT KALIAN...

well..

maybe ni post aku yang terakhir pasal bola, futsal, dan yang seangkatan dengannya..

aku sedar aku xde bakat utk bermain di posisi keeper, defend mahupun striker..
aku sedar yang aku xsepantas kau..
aku sedar yang aku xsecekap hafiz..
aku sedar aku xsehebat abi..
aku cukup sedar yang aku xmampu untuk menjaga pertahanan sehebat acap, mahupun petak..

sehingga aku digelar raksasa..RAKSASA!!!

setahu aku..
aku xpernah menghina dirimu..
tidak pernah..
walaupun aku tahu, kaw sememangnye xde passion dan ape yang diperlukan utk menjadi seorang CHEF!!

walaupun aku seringkali mamandang enteng kebodohanmu..
tidak terlintas utk meluahkannya..
apatah lagi menghamburkan dihadapanmu..

entah kenapa harini aku amat terasa cacian mu itu..
walaupun sebelum ini engkau tidak mempercayai bahawa aku mempunyai lesen, aku abaikan..
mungkin kerana hati ini diciptakan lembut..selembut ubun bayi yang baru lahir..

ya, mungkin kerana engkau anak tunggal..
ya, mungkin kerana engkau tidak mempunyai adik beradik..
ya, mungkin kerana hatimu keras sekerasnya..mungkin sekeras besi admantium milik wolverine..

daripada aku terus menjadi bahan cacian..
lebih baik aku mengundur diri daripada bermain bersama kalian..

terima kasih choin..
aku tau yang kaw da nmpak..
aku tau yang kaw da cube memujukku..

apakan daya..
AKU TAK SEHEBAT KALIAN..

Saturday, December 26, 2009

madah si sampah cinta

pernah ke korang terfikir??

depan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...sekencang kuda kepang berlari..
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...seperti menang besar lpas maen roulette..

depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga..walaupun kadang2 bunga tu layu sbb xsiram.
depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...walaupun itu hanyalah desiran angin kentut.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...sperti pontianak yang dipaku..
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan senyum...dan xkisah kalaw org kate kite gile..

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kita kelu untuk berkata-kata...lagi2 time presentation kat kolej..
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...serius,mmg aku jadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar....akulah raja!!

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta,
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis....
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita ke dalam perigi buta..
Tapi jika kita cuba menutup mata..walaupun dgn kacamata..
Cinta berbuah menjadi airmata yg mngalir deras bagaikan kencing..

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta...
tidak kisahlah anda curang seperti ari wibowo terhadap suhaila..

dunia ibarat roda..
ibarat roda...

Friday, December 25, 2009

White Coffee oh White Coffee....


Saya dan rakan2 sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan bincang hal business. Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee. Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di lokasi strategik.

Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise tersebut adalah “KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM UNTUK BERNIAGA”

Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita.

Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak kerajaan dan sering di tuntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia.

Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu.

Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White Coffee..

Nasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetepi mereka Anti Islam. Fikir-fikir lah..Salam

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam ‘WCOK’ telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui
STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-

Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

cid:_2_07A4717C07A46E98002D559F48257625
Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages


Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ‘Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup’. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang.. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya – bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ ‘JAIPK’ pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORANNYA masih lagi
TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunju ng, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan. Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK’HAINAN (juga ‘TIDAK HALAL’).. Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan..

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga ‘TIDAK HALAL’) selain menghidangkan `noodles @ mee’ yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya’ yang antara isi kandungannya terdapat ‘LUNCHEON MEAT’. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak’ restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat..
Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM’ yang ‘TIADASTATUS HALAL’ dan kini terbukti ‘TIDAK HALAL’ nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN’ JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?


Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM’ walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN , HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.


DI PERAK SIJIL HALAL UNTUK MINUMAN SAJA DI RANGKAIAN

KOPITIAM INI


Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

1. WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitam,
2.. NEWTOWN Kopitam
3. WHITE HOUSE Kopitam
4. PAK HAINAN Kopitiam
5. JOM BALI Kopitiam


adalah ‘TIDAK HALAL’.

Wallahualam…

Tuesday, December 22, 2009

Ikut gerak hati.. RM30 melayang..Dilihat dua layang pandang taklah sekarang..

harini...
aku nak pegi seminar..
seminar Food & Beverage Services..
lokasi: xxx
bayaran masuk: RM30
dress code: complete with bow tie and black vest..BLACK VEST!!

semalam...
J: bil, kaw nk pkai vest ke esk??

aku: yela, aku nk pakai..wajib..

J: ok2, mlm kang aku bagi..

tiktoktiktoktiktok...

malamnye...
kelibat si pengotor dan penggaru tidak kelihatan..

tunggu punya tunggu punya tunggu...
ikan xtimbul2..

CONFIRM!!

lahantat tu xde!!
FINE!!

harini...
aku xpergi seminar..
lokasi: aku malas nak ingat...
bayaran masuk: BURN BABY BURN!!
dress code: bow tie [yes], black vest [no]

BANGANG or BENGANG??!!

WTF??!! [sori, kemencarutan berlaku...]

5.30 aku turun men bola..
bertemankan seluar pantai dan kasut rejam, aku turun bermain..

sbb ramai sgt, ktorg pecah buat 5 org dlm 1 team..

[TEAM A]
  • abi
  • raziq
  • fizi
  • iqbal
  • (lupe ntah lagi sorang..)

[TEAM B]
  • aku [DEFEND]
  • eiz [STRIKER & MID]
  • moxx [STRIKER UTAMA] kot...
  • arm [DEFEND]
  • pali [KEEPER]

ktorg lwn xsmpai 2 minit da kene klua padang sbb arini kitorang maen 1 goal, out..
kalah sbab Team B maen2 n gelak barai..
huhuhuhu...

xpe2..
kita tunggu..
akhirnya, Team A kalah dgn Team Choin..

pastu sampailah MR.A...

Team B lwn Team Choin..

pali telah ditukarkan kepada MR.A mungkin kerana kehebatan pali dipandang enteng sbagai goalkeeper..

pastu...

AKU: WEH, SAPE NAK MAEN KEEPER??
MOXX: AKU XNK...AKU XNK...

EIZ: AKU XTAW...AKU XTAW..

ARM: .................

MR.A:............BIL,KAW MAEN KEEPER?

AKU: MALAS LA AKU, AKU BARU NK BERAKSI NI...

MR.A: XPELA, BIAR AKU KEEPER...

dlm hati aku, eiz, moxx, arm : YESS!!

perlawanan bermula..

MR.A[keeper]
AKU & ARM [defend]
MOXX & EIZ [cam tadi gak]

cam biasa, choin akan mempamerkan aksi2 ranjang ala2 Maria Ozawa dan melakukan stunt seperti pelakon extra dlm cite
BOHSIA: JANGAN PILIH JALAN HITAM..

semua bola yang kami terima ditepis oleh aku dan arm yang memang mengamalkan hikmat
PERTAHANAN GAYA LOCENG EMAS...

sampaila 4 minit seterusnya..

MR.A: BIL, TUKAR DGN AKU..(muke kesian + baru bangun tidur..)

perlawanan diteruskan...

aku mmg da faham sangat style choin, suke shoot drpd jauh!!
aku faham tu bukan kehendak choin..
semangat DEWA MONYET dah mkn diri!!

aku berjaya menepis dan mencedok tendangan DEWA MONYET dgn menggunakan hikmat GAYA CANGKUK MENTADAK..

aku tgk formasi da barai..
defend kosong...
MR.A, seperti seorang STAR PUJAAN menunggu bola di bahagian atas..
seperti PUNGGUK RINDUKAN BULAN...(mmg tu kerja tetap dia pun...)

ramalanku meleset belaka...
hikmat GAYA CANGKUK MENTADAK ku telah dipatahkan dengan tongkat besi DEWA MONYET...[bile plak ntah dapat tongkat besi]

KALAH..KALAH..KALAH!!!

aku bengang..
BENGANG!!!!

siapa BANGANG??!!

Monday, December 21, 2009

TANGANKU MENGHAYUN PISAU, MENGHENTAM CHOPPING BOARD

damn it!!
knp la time2 camni aku kena..
punah jahne plan aku!!
ibarat mendapat buah durian yang keras isinya..
ibarat biawak tersepit, anjing dilepaskan..

bajet blh lepak umah abi, lepak hasanatul lame2..
tapi??
ibarat kentut tidak berbau, langsung tidak memberi makna dan 1000 erti..

ibarat makan buah genuak yang dah xpower..kencing pn da xde bau..

mama pegi tanda kertas SPM..
ayah plak gi outstation JB..

AKU??
haramJ..
menjadi ketua keluarga sementara..

alhamdulillah aku amek Dip in Culinary Arts..
kalo x..
mkn megi jela adik2 aku..
ibarat pakai celcom blue..BERBALOI - BALOI!!!

kdg2..
aku pikir cam aku ni lembut pn ade..
mane xnye..
slalu sgt layan rancangan masak2..

tp aku rase aku still lelaki..
  • tulen..
  • gagah..
  • berani..
  • taat..
  • setia..
  • amanah..
  • betul..
  • cepat..
  • dan mesra..

aku masih lelaki..
LELAKI!!

Sunday, December 20, 2009

KASUT OH KASUT..


11:07 am...
aku pegi ke TAMAN PERMATA bersama mangsa rasukan dewa monyet, choin..

aku pegi sane sbb nk cari kasut....
nk cari kasut...
nk cari kasut....

pegi kdai YEBENG, kasut PALLAS JAZZ kegilaan choin waktu zaman persekolahannya yg direkomenkan...

aku xminat..
bkn pe,kaki besar cam haramJ..
[bukan Jay yea]

aku pn dgn hampa menyetat motorsikal SUZUKI SMASH REVO110 milik Zul Dragon a.k.a bapak aku..

smpaila kt depan kedai kasut yg xbrp nk ade org pegi...
bertemakan lagu dangdut dendangan MAS IDAYU,
aku dan choin pon melangkah setapak ke alam dangdut..

hahahaha...[ni blog aku, suka hati r nk gelak...]

aku tertarik dgn satu kasut ni sbb mmg cantik menarik tertarik kaw mmg da bomb!!

punyela suke..



REJAM namanya..
harga: RM 28.99 sen...
aku bagi: RM30.00
balance: RM1.oo

cibet nye akak KEDAI KASUT DANGDUT!!
1 sen pn nk tax ke??
haramJ sekali lagi..

balik,singgah ALIMAJU, tjumpe plak ari n am sdg mlayan sarapan pagi..
abi@messi dtg utk minum sekali...

then,ktorg g kdai KAWAN, nk TANGKAP MUAT abi@messi jadi abi@genji!!

setelah penat aku dan am bersilat bersama sahabat perguntingan kami. maka lahirlah abi@genji!!




Saturday, December 19, 2009

hari - hari cikgu tidor...jom kite main bola!!

tepat jam 5:23 minit petang..
aku pegi maen bola..
tpakse pkai kasot da rabak yg aku sorok drpd mama..

smlm je da DUA pasang kasut ADIDAS aku kne buang..
mama kate,"esk pegy beli kasut lain.."

dlm hati aku.."arghh!!!!"

sabar jela..
hahahhaa..

jam menunjukkan hampir pukul 7:00pm..
aku masih bermain bola bertemankan:-
  • choin
  • raziq
  • din
  • aidil
bersama-sama kami menentang:-
  • alep
  • abi
  • iqbal
  • afnan
  • ari
perlawanan agak sengit kerana counter attack drpd abi@messi dan sikap tidak mahu mengalah raziq bersama semangat juang dewa monyet yang telah meresap ke dlm badan choin..

akibat terlalu sengit..

5-5

setelah mencapai kata sepakat..
kami semua bersetuju utk GOLDEN GOAL...

tiba2..
sedang choin bermain bola..
beliau terjatuh!! saya ulangi, terjatuh!! akibat berebut bola dgn ari wibowo..
terseret cm pompuan bwk keter dlm citer Zombieland..

mulanya, aku ingatkn itu aksi ranjang ataupun stunt2 murah yg biasa choin pertontonkan kpd kami setiap kali bermain bola..
sekali...REAL BHAI!!

semangat dewa monyet mengganas lalu memarahi ari yg masih di awang2an bersama skandal barunya..

ari terpinga2..

dan...

GOAL!!!
kitorang menang!!
6-5


Friday, December 18, 2009

HARI - HARI HUJAN...[RAHMAT]


Hujan...
Hujan ni rahmat lah!
Tapi kenapa org selalu maki hamun hujan tu sendiri??
Selalunya suri rumah la yg buat kerja2 camni..
"celaka punya hujan!! penat je aku sidai kain!!"

hahahahhaa...

Actually..
This is my very own first post..
Banyak sgt nk tulis..
Tapi, biar dulu la..
Lame sket cam tempoyak, baru la kaok!!
hahahahaha...